Saturday, February 4, 2017

"im not afraid anymore"

song playing: I wouldnt Mind - He is We


I have been trying so hard to put whatever feelings I have left for the dreamer I mentioned three posts earlier into words; I am still failing.

I guess I dont like the sentimental side of me anymore, or maybe not as much as I did before.

my friend asked me "why didnt you save any of you guys punya convo?"
I said so that I could lived the moments I had with him knowing I wouldnt be able to reminisce it in the future.

& is like god was helping me to remove traces of him, my iPhone was snatched. couldnt see the hikmah back then but now I totally understand why it was gone.

the night he told about his problem, he said "people come and they leave. as much as you want them to stay, they will, eventually, leave. like us, now we are friends and in three years time, you might not even remember my name, or my face" I was furious and I told him I am that type of a person. He shook his head and said "you will forget about me".

well, I still remember him. Yes, I might have forgotten the feelings he gave me, I might not remember the sound of his laughter (I still do), but I dont think I will ever forget him.

but I am assertive that I dont miss him at all.

to be continued, HAHA

Tuesday, January 31, 2017

"kenapa awak tak masak?"

antara soalan yang sering diajukan kepada saya ialah, "eh awak tak masak?" sebab diorang kata, semua benda dia ni reti kenapa bukan memasak? ha, anggap jela Tuhan tanak aku jadi perfect sangat pulak nanti kan kalau semua boleh, jangan jealous la ok?

kawan aku siap cakap, kau ni nanti laki cari lain la tak reti masak. tapi rezeki aku so far, lelaki lelaki yang pernah ada something dengan aku semua reti masak dan suka memasak. bukan la bermakna jika aku kahwin dengan salah sorang dari depa, aku takyah masak, bukaaan, maksudnye, aku boleh la slowly develop skill memasak tu. yang mengajar, husband pulak tu, peh manis kan. bukan tanak belajar, sumpah teringin... dan aku pernah beranggap tangan seni aku ni boleh diaplikasikan juga la untuk masak, rupanya hampeh. so macam cerita sebelum ni, aku putus asa hahaahahahah

dulu pernah aa sekali ni, aku dengan adik sedara aku, farah tinggal berdua kat rumah, pastu dia lapar. aku sebagai seorang kakak aku rasa macam bertanggungjawab la untuk kasi dia kenyang. so aku pun buka ah purse check duit. keluar la dlm 3 ke 4 rama rama macam tu. hahaha kosong. aku check dapur, kot kot ada makanan frozen yang boleh dimasak. tiada. kosong ye. mungkin mak aku lupa yang dia ada anak dara yang tak reti masak. tapi aku tengok ada paket maggie. tapi kalau makan maggie cmtu je tk seronok kan. aku pun nak la test kebolehan aku untuk memasak secara spontan so aku jerit dari dapur bagitau farah "wehh aku masak maggi goreng k!!" dia cm "YAYYY" aku dh seronok dah. pastu aku selalu dengar makcik makcik cakap, "ala masak bukan susah pun campak campak je jadilah" aku pun guna pakai lah petua tu. aku dah campak mi maggie yang dah direbus, aku campak la apa yang ada, lada la bawang la pastu ayam sikit, kicap sikit and cili padi. bunyi macam akan jadi sedap kan? aku pun ingat macam tu mula mula. pastu aku hidangkan kat farah. dia kata "nampak sedap" aku dah senyum sampai ke telinga. then dia baca doa pastu rasa, dia punya tak guna, dia boleh keluarkan balik maggie tu dari mulut dia!!!! pastu dia cakap "PALE OTAK LA NI MAGGIE GORENG APA RASA KASOT" aku punya lah terguris dengan kata kata dia aku terus ambik garfu dan rasa, i mean kemon la takkan seteruk itu kot! dan betul lah. rasa asadi lah kalau nak lebih accurate. aku ketawa sampai menangis. farah cakap kat aku, "kau jangan cuba cuba nak masak dah lepas ni" aku pun high five dia tanda setuju.

pastu masa kat rumah sewa time diploma. aku lapar, aku bagitau nadia, roommate aku, dia ni memang champ aa bab bab masak ni sebab dia memang dibesarkan oleh family yang jenis jaga anak dara mmg untuk buat sesuai jadi bini (ye, tak semua orang akan sanggup untuk beristerikan wanita pelik takde bakat masak macam saya ni, tahuuu) dan dia kata "kalau awak lapar, masak la, saya tolong awak" aku pun happy la pergi dapur buka  api letak kuali letak minyak, pastu aku masuk bilik kejap nak tengok phone. tetibe aku dengar nadia menjerit "APIIII TERBAKAR HANISAH TERBAKAR" aku berlari macam usain bolt peh api dia punya marak kalau biar boleh terbakar dah satu rumah. aku dengan nadia gigih padamkan api tu pastu nadia kata "dah lepas ni jangan cuba cuba nak masak dah, lapar bagitau saya je saya masakkan" 

dan disebabkan incident incident ni la aku jadi macam putus asa sikit nak mencuba. tapi lately ni terpanggil sikit untuk mencuba balik. doa doakan lah bakat memasak tu jadi milik aku. pleeeease. thank you.

tapi jangan risau setakat goreng nugget ke any frozen food, aku legend aa. maggie rebus pun. nasi pun selalunye kalau aku yang masak, kawan kawan aku suka. not bad la kan? 

Monday, January 30, 2017

"I give up"

song playing: Cahaya - Tulus

semua manusia, i bet pernah zikirkan benda ni: aku putus asa. well I have. banyak kali and the most sickening part is when you know youre not in the position to give up so you have to push yourself to start over again.

aku dari kecik memang manusia yang jenis living in the moment. aku tak percaya yang kita ada power untuk control future. aku paling tipu bila kata kat boipren time sekolah dulu yang "kita akan kahwin" ew bullshit apa like gerl kau PMR pun pening pening nak sembang kahwin. bila kawan kawan sembang kahwin aku manusia paling confused. aku rasa kalau aku tak jumpa jalan, mungkin boleh end up jadi atheist aku ni dulu. na'uzubillah. hahaha bukan apa, sebab aku pernah putus asa yang sampai tahap, aku tak faham motif aku kena pergi sekolah sebab aku kan mati nanti? so kena pergi sekolah untuk apa eh? dahsyat kan. sebab tu lah, aku datang sekolah lepas rehat je. tu pun sebab nak jaga hati mak. kesian kat dia sebab macam dia pun dah putus asa nak pujuk aku suruh pergi sekolah. hahaha. level tanak layan sekolah, aku tak pedulik langsung ok pasal gambar SPM. aku datang lambat so aku skip sesi photography SPM students batch aku. tapi kawan kawan aku yang frust beria. aku cm la tak pela nanti kita photoshoot sendiri la cm tak biasa. heh. salah satu punca aku jadi mudah putus asa, aku sering disalah tafsir (gitu). contohnye, aku ialah minah yang sering dibenci kerana outspoken dan suka protect kawan kawan aku walaupun tak ada harm yang mengganggu so orang anggap aku perempuan gila kuasa yang boss kawnankawan dia around. Mungkin betul je kot hahahahaha most of my close friends' parents didnt even like me. they were even scolded for being my friends. ofcourse i want to give up being me. it hurts pretty bad you know? but after spm, aku pujuk diri aku la since aku belum mati (tadi kan ckp, buat apa study kalau nanti mati) aku cakap, aku kena berubah, aku kena stop kecewakan orang yang percaya atas potensi aku. kawan kawan aku boleh defend aku depan mak bapak diorang kot. gila bab*, kau tak rasa kau special ke kalau kau kat tempat aku? pastu aku boleh senang senang je nak sendu pastu putus asa hek eleh kemon BANGKIT haha. so aku sambung belajar. walaupun sebenarnya minat memang tk ada kat belajar. aku budak seni kot. aku percaya hidup merempat pun tak apa, asal bahagia. hahaha tak, ni serious. so aku sambung study. masuk diploma, pumped dan again aku putus asa bila putus cinta hahahahah so masa nak masuk balik sem dua, aku punya liat ya Allah rasa nak berhenti belajar. yang bestnya aku bagitau mak, aku nak berhenti belajar DIA KATA OKAY. tapi aku cm, tkpela kasi chan tengok macam mana pergi dia, on the way balik kolej ni, aku nangis dalam kereta macam tengah tengok kuch kuch hota hai, kemain syahdu. tapi dah start balik semua alhamdulillah semua okay. dan benda ni jadi again masa degree gak. benda sama, repeat perasaan sama daripada yang tanak study tu sampai kuch kuch hota hai tu hah. senang cerita aku ni memang perempuan mudah putus asa tapi bersemangat dan aku suka pujuk diri sendiri. sebabnye, subhanAllah am I not blessed with amazing family and supportive friends? diorang sekali pun tak pernah lantakkan aku walaupun berjuta kali dah aku lantakkan diri aku. dan sebab semangat yang diorang ada yang tersalur kat aku, alhamdulillah my friends' parents are close with me now, so mission to make them accept me, accomplished. mission to make my parents proud, accomplished!

so i guess, giving up is not that bad after all. it makes you scout for reasons to be strong kat ceruk ceruk mana pun tak apa lah janji jumpa. dan kadang kadang kau tak terperasan pun benda tu sebelum ni tapi bila kau nak bina diri kau balik, baru kau nampak sebenarnya betapa bertuahnya kau.

memang la kita hidup untuk mati. tapi kalau semudah itu lah untuk mati, takkan Allah saja saja letak kau kat dunia ni, ye dak? Kau kena berjuang untuk semua benda. kalau kena sikit, kau dah putus asa. seorang hati pondan macam kau tak berhak untuk persoalkan apa yang terhidang sebab itu, hidangan kau tu, itu jelah yang kau sanggup burukan. yang sanggup kau perjuangkan. hidangan on a silver platter for the best of soldier, hanisah. ingat tu!

Thursday, January 26, 2017

sang pemimpi, bermimpi. bhg 1

Song Playing: You're gonna live forever in me - John Mayer

well hello. aku akan ceritakan tentang how a girl messed her life in uhm.. less than a minute.


it all started with this one lady *point kat diri sendiri* (yeap, me) yang kononnya inginkan sejenis perubahan dalam kehidupan degree dia. tanak lah fall fall in love, tanak la bercrush crush ni. ok. tipu. crush tu masa hari daftar tu aku dah gigih melilau mata cara crush. nak buat motivasi konon. PUI! hahaha tapi since best friend aku sejenis supportive nak mampus, dia dengan girangnya siap tolong pilihkan *kesat ayaq mata* (oh ya bestfriend aku, Najat dia masuk sama degree dengan aku. beserta dengan beberapa ketul best friends yang lain) pastuuu najat ni perempuan bersemangat yang kalau kat list priority dia tu CONFIRM ah top sekali is to make others happy. Serious talk. So selepas puas memilih yang mana untuk dijadikan crush aku, Najat pergi kejar mamat tu get his name and his phone number :) tak semena kan aku yang minat, najat yang minta. aduh strategy aa, takkan korang tak pernah buat?! untuk sehari tu, tu lah crush aku. mmm kasi nickname eh? Chin. ha. yes, Chin. Dagu. nantikan nama nama anggota badan yang lain. hahahahhahaha kiddingggg.


Hari pertama class,aku perempuan bising yang memang TAKKAN NAK DAN TAKKAN SUKA classmate sendiri. well atleast that was what i believed in lah. dan masa nak pilih classrep, mata aku telaah sorang sorang classmates. najat cakap "yang kat depan tu, yang macam nerd tu" lalu mamat tu pun pusing slomo.. *bayangkan apa apa lagu yang sesuai dimainkan sambil rambut terbang terbang ditiup angin* dan aku pun pertama kalinya terpandang muka dia.. dan hati aku baru nak terdetik, mulut najat terdetik dulu "ok tu crush aku" or somethin like that. meh. apa yang hati aku nak detik tadi? jangan pikir lah. aku pun tak tahu tah ye tah tidak hati aku terdetik time tu haha! theeeen cuba teka siapa classrep?! mestilah AKU. hah. the next day, lecturer cakap ada student yang belum able to daftar dalam kelas ni. selalunya, kalau masalah remeh macam ni memang student tu sendiri aa settle dengan lecturer tapi lecturer ni suruh aku make sure budak tu register and tolong dia semua. aku cm aduh budak mana!!!! tapi tak jerit la tapi dalam hati aku memberontak. then lecturer sebut nama dia dan kasi number dia. aku pun whatsapp tanya, peh crush najat ni bahasa dia habis formal. dak dak pidato ni. dalam pale aku la time whatsapp dia. pastu aku tengok mamat ni macam sejenis yang tak paham tau. maksud akuuu, kau tak faham dia. kau macam jadi curious gila asal ah dia macam ni, asal dia macam tu, dan aku sejenis kucing yang boleh mati akibat curiosity aku; and i try to get a closer look into his little bubble. i wanna understand him. because i actually, hate him. HAHA. aku macam ee tak suka aa poyo eee mamat ni cakap ada accent. pastu semua incident dia nak jadi hero. pastu semua lecturer dia nak impress pastu semua perempuan cakap dia hot aku cam ee tak pon kat mane tah hot dia kat betis agaknye. tak nampak pon. aku punya tahap benci yang membuak tu sampai lecturer english suruh write an essay about the people you like/hate the most, I wrote a frickin essay on Why is he the person I hated the most. I felt so proud of that essay that i actually thought of sharing it online. kau nampak betapa bencinya aku kat dia. kebencian aku buat najat dah tak suka dia. dan hari hari balik bilik aku akan complain kat erna tentang betapa bencinya aku kat dia. Erna is my roommate btw. Najat is my classmate aaand housemate. Ha. then, aku kena masuk satu class yang tak semua classmate aku kena masuk termasuklah najat (apehal banyak nau  perkataan masuk setan) dan mamat ni ada dalam kelas ni dengan aku. Aku kan dah cakap tahun lepas, aku ni perempuan girang. setiap kali aku ketawa ke senyum ke mesti mamat ni akan pandang dan tanya "asal?" macam kononnya dia jelah sumber kebahagiaan aku. Hello?? ko pikir ko sape ek. stress aku. 


minggu demi minggu berlalu, kami masih lagi belum jumpa common ground kami. semua benda yang dia rasa betul memang confirm salah lah kat mata aku. dan yang aku rasa betul, dia ada je nak bantah. I call this daily argument. but he said, No we are not arguing we just have different point of views. well yea we do but when we try to convince another on why we are more right than them, DAS ARGUIN'. ok??? haish. dia memang akan avoid duduk sebelah aku tau dalam kelas, dan seperti petunjuk, setiap kali aku buat benda yang teruk/tak senonoh atau apa apa yang sewaktu dengannya, mesti time tuuu lah dia tengah pusing pandang aku. aku cm shit la kenapa time aku tengah bagi sedekah ke buat homework ke kau tanak pandang?! eheh tak, part sedekah tu gurauu.


pastu result test 1 subject statistics keluar. aku dapat highest (SILA BERDIRI TEPUK TANGAN SEMUA, YES THANK U THANK U) dan dia dapat lowest. aku macam frust. padahal aku tak belajar dengan dia ke apa pun cuma aku tau dia pandai tapi dpt lowest aku rasa macam nak pergi tengking dia ape yang tak kena dengan hidop engko. macam tu. then lepas dapat result tu, dia bangun, tarik kerusi dan duduk sebelah aku. dia ckp slowwww je "ajar aku" aku mcm awh weh dia suruh aku ajar dia!!! cmtu. tapi aku cm eh asal aku happy hek eleh. then malam tu kitorang study untuk test 2 pulak. dia nak study sekali. so aku kan perempuan budiman, aku invite jela dia join aku dengan budak budak kelas lain study. (ye, dia tk bergaul sangat dengan budak kelas, dia suka buat hal sendiri) (aku je suka sakat dia, hari hari aku bagitau dia aku benci dia) (sampai dia tanya classmate aku yang lain kenapa aku benci sangat kat dia) (padahal aku pun tak sure la aku benci dia ke tak... wait whut kbai) dan malam pun tiba, aku dengan budak budak class start study awal. pukul 8 macam tu sebabnya tempat study ni tutup pukul 12 so kami takmau la buat perkara sia sia study sekejap je en kalau turun lambat. dan aku pun tunggu dia, aku call dia kata kejap kejap. dah sejam. melayu aa dia ni, muka je hindustan. takkan kejap sampai sejam. then 945 dia turun. aku dah bengang dah. kau nak belajar ke, turun bapak lambat dan dengan selamba dia buka laptop main game!! aku dah menggelegak dah weh kalau nak tumpang masak air pun boleh siak geram gila aku tengok muka bodooooh selenga je dia macam tak paham je kenapa dia turun. heyyyyy mangkok!! sabar hanisah sabar then aku cm ah lantak kau sana. aku study study 1130 kawan kawan yang lain dah pack pack so aku pun pack la. tapi dia masih lagi menghadap laptop dia. dan diorang dah gerak, aku diri tengok dia, aku ckp aa"kau tunggu apa?" dia cakap "eh takpe kau gerak aa dulu diorang tunggu tu, aku nak lepak sini jap" aku jadi serabut sebab aku tau kalau manusia macam ni mesti ada masalah aa ni. then aku call yang lain suruh gerak je tak payah tunggu aku. aku tarik balik kerusi. aku duduk and aku cakap "tak, sekarang ni aku nak kau cerita je. whats been bothering you?" then dia macam "eh takde apa ah serious. balik ah" aku cam nope nigga i aint movin until you start talking. ada la dalam 3 minit duduk diam kematu dua dua bisu. then dia terus start cerita masalah dia. dan dalam masa 30 minit tu aku dapat kenal dia dan faham dia dan tahu asbab atas setiap satu perbuatan dan cara dia. mata aku dah bergenang tapi aku macam wei hanisah kau bukan pondan kau takkan nangis depan dia, simpan simpan airmata tu. then dah habis cerita masalah dia, dia pandang aku pastu dia senyum then dia kata "tak sangka kan? orang yang paling benci aku, ialah orang yang sama tengah dengar masalah aku ni" pastu dua dua gelak. tu aa kali pertama kami actually rasa benda yang sama kelakar. haha pastu dia teman aku jalan balik kolej aku. sepanjang jalan tu kami diam je tapi macam macam bermain dalam fikiran aku. aku rasa macam berdosa gila kat mamat ni sebab benci sangat kat dia padahal aku tak tahu pun siapa dia. dan sampai depan lift, dia jerit "hanisah!" aku pusing, dia angkat tangan "thank you for tonight" aku angguk. masuk je lift airtmata aku dah hampir berderai, masuk je rumah aku cari bilik najat then terus nangis kat kaki dia. aku sebak sangat. najat ni punya kelakar "APA DIA BUAT KAT KAU? DIA CABUL KAU KE? KENAPA KAU NANGIS SAMPAI TERESAK ESAK NI" aku tk bercakap apa. nangiiiis sampai aku ngantuk, aku masuk bilik dan sambung nangis sampai tertidur. 



i know, last night has changed many things, many feelings, some china great wall has been demolished; i gained a good good friend.


tu thought aku masa bangun pagi lepas nangis sepanjang malam. dan aku betul, kami jadi rapat gila. not in class tho, tapi kami share everything. daripada siapa crush sampailah siapa yang dibenci. hahaha 


ni consider part 1 lah. kalau aku rajin nanti ada part two. toodles!


apa yang aku ingat,

Hanisah comel nak mampus.

Friday, September 30, 2016

when i say im sorry, what i really wanted to say was;

im sorry that everytime i said something mean, i couldnt say sorry immediately, bit my lips and turned the other way round feeling guilty knowing you deserve none of those words.

im sorry that i couldnt keep my hands away from you and then i blame you for wanting to see me often when its me who is out of control,

im sorry that everytime my heart wants to love you i stopped and reminded of all the bad things that youve done to me in the past,

im sorry that i promised you a chance to make me fall for you instead i took it as a chance to treat you as bad as i possibly could.

im sorry that your smile can melt my heart that i yelled at your face angrily because i didnt know how to respond to the sound my heart skipping its beat,

its been awhile since someone captured my feelings,
its been awhile since the last time i melted because of you,

and just like magic, you did it again
for certain, you'll do it again.

how heartbreaking it is that i keep letting you breaking my heart

while i was too busy putting every single blame on you,
while i was making you feel nothing but pain,
while i was making sure i was about to lose you,

the one who is tearing me apart is not you,

but me.

then i realized,

it was me who was at fault
it was me who was so selfish and keep hurting you,
it was me who wasnt willing to lose you, this time,

im sorry.

Tuesday, September 13, 2016

-and everytime i look up to the sky, my heart aches a bit. do i miss you? i wonder. you dont miss me, that, im sure. the sky reminds me of you now. i dont really like it no more.


says she, who before look up to the sky for a short short getaway from reality.

Wednesday, March 16, 2016

"Redha"

Bukan senang nak ajar hati untuk redha.

Bukan senang nak terima yang tak semua benda kau harapkan akan jadi kenyataan.

Bukan senang nak sedar yang kau bukan siapa siapa untuk tentukan apa apa.

Bukan senang nak pujuk diri sendiri, untuk telan realiti dan bagitahu diri,
"ini Hanisah, memang yang terbaik."

Tapi aku cuba.


You have tried your best, now its time for you to let it rest.


Let it rest, dear self.
Let your heart rest.

"the long wait"

To be helplessly in pain and to have no idea how to save yourself from being brutally beaten by reality.

To be in-denial of being all alone and not having a soul to cling to when friends are gone.

To swallow the bittersweet truth of the fact that no one can love yourself before you yourself could.

To know the fact that even when you love wholeheartedly, the heartless will never appreciate.

Before all these nonsense come creeping in, i let my heart fill itself with nothing but the love for Him & Him only.

if He wills it, someone will someday come and rescue me from this uncertainty and only then,

I can finally stop waiting.
Dan sedang laju langkah kaki ku,
di situ tersadung memori lalu,
yang mengusik hati, tercuit memori,
berderai lagi.

Dan sedang besar pecah gelak ku,
perit ditinggalkan semua, singgah lalu,
minda yang tadi berwarna-warni,
tinggal kelabu, tidak bermaya,
berderai lagi.

Hati aku, kalau nampak parutnya-- buruk.

Hati aku, kalau nampak sakitnya-- teruk.

Sebab itu Dia simpan hati aku, kat dalam dan dihadiahkan siap senyum manis satu, cukup untuk simpan semua sendu didada, perlihatkan bahagia dimuka, walau bukan itu yang sebenar aku rasa, cukuplah untuk dipertontonkan kepada mereka.

& when I love,

I love so hard that even after I said I have let the feelings go, it will remain there, for a long time, maybe forever.