Wednesday, March 16, 2016

Dan sedang laju langkah kaki ku,
di situ tersadung memori lalu,
yang mengusik hati, tercuit memori,
berderai lagi.

Dan sedang besar pecah gelak ku,
perit ditinggalkan semua, singgah lalu,
minda yang tadi berwarna-warni,
tinggal kelabu, tidak bermaya,
berderai lagi.

Hati aku, kalau nampak parutnya-- buruk.

Hati aku, kalau nampak sakitnya-- teruk.

Sebab itu Dia simpan hati aku, kat dalam dan dihadiahkan siap senyum manis satu, cukup untuk simpan semua sendu didada, perlihatkan bahagia dimuka, walau bukan itu yang sebenar aku rasa, cukuplah untuk dipertontonkan kepada mereka.

No comments: