Monday, January 30, 2017

"I give up"

song playing: Cahaya - Tulus

semua manusia, i bet pernah zikirkan benda ni: aku putus asa. well I have. banyak kali and the most sickening part is when you know youre not in the position to give up so you have to push yourself to start over again.

aku dari kecik memang manusia yang jenis living in the moment. aku tak percaya yang kita ada power untuk control future. aku paling tipu bila kata kat boipren time sekolah dulu yang "kita akan kahwin" ew bullshit apa like gerl kau PMR pun pening pening nak sembang kahwin. bila kawan kawan sembang kahwin aku manusia paling confused. aku rasa kalau aku tak jumpa jalan, mungkin boleh end up jadi atheist aku ni dulu. na'uzubillah. hahaha bukan apa, sebab aku pernah putus asa yang sampai tahap, aku tak faham motif aku kena pergi sekolah sebab aku kan mati nanti? so kena pergi sekolah untuk apa eh? dahsyat kan. sebab tu lah, aku datang sekolah lepas rehat je. tu pun sebab nak jaga hati mak. kesian kat dia sebab macam dia pun dah putus asa nak pujuk aku suruh pergi sekolah. hahaha. level tanak layan sekolah, aku tak pedulik langsung ok pasal gambar SPM. aku datang lambat so aku skip sesi photography SPM students batch aku. tapi kawan kawan aku yang frust beria. aku cm la tak pela nanti kita photoshoot sendiri la cm tak biasa. heh. salah satu punca aku jadi mudah putus asa, aku sering disalah tafsir (gitu). contohnye, aku ialah minah yang sering dibenci kerana outspoken dan suka protect kawan kawan aku walaupun tak ada harm yang mengganggu so orang anggap aku perempuan gila kuasa yang boss kawnankawan dia around. Mungkin betul je kot hahahahaha most of my close friends' parents didnt even like me. they were even scolded for being my friends. ofcourse i want to give up being me. it hurts pretty bad you know? but after spm, aku pujuk diri aku la since aku belum mati (tadi kan ckp, buat apa study kalau nanti mati) aku cakap, aku kena berubah, aku kena stop kecewakan orang yang percaya atas potensi aku. kawan kawan aku boleh defend aku depan mak bapak diorang kot. gila bab*, kau tak rasa kau special ke kalau kau kat tempat aku? pastu aku boleh senang senang je nak sendu pastu putus asa hek eleh kemon BANGKIT haha. so aku sambung belajar. walaupun sebenarnya minat memang tk ada kat belajar. aku budak seni kot. aku percaya hidup merempat pun tak apa, asal bahagia. hahaha tak, ni serious. so aku sambung study. masuk diploma, pumped dan again aku putus asa bila putus cinta hahahahah so masa nak masuk balik sem dua, aku punya liat ya Allah rasa nak berhenti belajar. yang bestnya aku bagitau mak, aku nak berhenti belajar DIA KATA OKAY. tapi aku cm, tkpela kasi chan tengok macam mana pergi dia, on the way balik kolej ni, aku nangis dalam kereta macam tengah tengok kuch kuch hota hai, kemain syahdu. tapi dah start balik semua alhamdulillah semua okay. dan benda ni jadi again masa degree gak. benda sama, repeat perasaan sama daripada yang tanak study tu sampai kuch kuch hota hai tu hah. senang cerita aku ni memang perempuan mudah putus asa tapi bersemangat dan aku suka pujuk diri sendiri. sebabnye, subhanAllah am I not blessed with amazing family and supportive friends? diorang sekali pun tak pernah lantakkan aku walaupun berjuta kali dah aku lantakkan diri aku. dan sebab semangat yang diorang ada yang tersalur kat aku, alhamdulillah my friends' parents are close with me now, so mission to make them accept me, accomplished. mission to make my parents proud, accomplished!

so i guess, giving up is not that bad after all. it makes you scout for reasons to be strong kat ceruk ceruk mana pun tak apa lah janji jumpa. dan kadang kadang kau tak terperasan pun benda tu sebelum ni tapi bila kau nak bina diri kau balik, baru kau nampak sebenarnya betapa bertuahnya kau.

memang la kita hidup untuk mati. tapi kalau semudah itu lah untuk mati, takkan Allah saja saja letak kau kat dunia ni, ye dak? Kau kena berjuang untuk semua benda. kalau kena sikit, kau dah putus asa. seorang hati pondan macam kau tak berhak untuk persoalkan apa yang terhidang sebab itu, hidangan kau tu, itu jelah yang kau sanggup burukan. yang sanggup kau perjuangkan. hidangan on a silver platter for the best of soldier, hanisah. ingat tu!

No comments: