Tuesday, January 31, 2017

"kenapa awak tak masak?"

antara soalan yang sering diajukan kepada saya ialah, "eh awak tak masak?" sebab diorang kata, semua benda dia ni reti kenapa bukan memasak? ha, anggap jela Tuhan tanak aku jadi perfect sangat pulak nanti kan kalau semua boleh, jangan jealous la ok?

kawan aku siap cakap, kau ni nanti laki cari lain la tak reti masak. tapi rezeki aku so far, lelaki lelaki yang pernah ada something dengan aku semua reti masak dan suka memasak. bukan la bermakna jika aku kahwin dengan salah sorang dari depa, aku takyah masak, bukaaan, maksudnye, aku boleh la slowly develop skill memasak tu. yang mengajar, husband pulak tu, peh manis kan. bukan tanak belajar, sumpah teringin... dan aku pernah beranggap tangan seni aku ni boleh diaplikasikan juga la untuk masak, rupanya hampeh. so macam cerita sebelum ni, aku putus asa hahaahahahah

dulu pernah aa sekali ni, aku dengan adik sedara aku, farah tinggal berdua kat rumah, pastu dia lapar. aku sebagai seorang kakak aku rasa macam bertanggungjawab la untuk kasi dia kenyang. so aku pun buka ah purse check duit. keluar la dlm 3 ke 4 rama rama macam tu. hahaha kosong. aku check dapur, kot kot ada makanan frozen yang boleh dimasak. tiada. kosong ye. mungkin mak aku lupa yang dia ada anak dara yang tak reti masak. tapi aku tengok ada paket maggie. tapi kalau makan maggie cmtu je tk seronok kan. aku pun nak la test kebolehan aku untuk memasak secara spontan so aku jerit dari dapur bagitau farah "wehh aku masak maggi goreng k!!" dia cm "YAYYY" aku dh seronok dah. pastu aku selalu dengar makcik makcik cakap, "ala masak bukan susah pun campak campak je jadilah" aku pun guna pakai lah petua tu. aku dah campak mi maggie yang dah direbus, aku campak la apa yang ada, lada la bawang la pastu ayam sikit, kicap sikit and cili padi. bunyi macam akan jadi sedap kan? aku pun ingat macam tu mula mula. pastu aku hidangkan kat farah. dia kata "nampak sedap" aku dah senyum sampai ke telinga. then dia baca doa pastu rasa, dia punya tak guna, dia boleh keluarkan balik maggie tu dari mulut dia!!!! pastu dia cakap "PALE OTAK LA NI MAGGIE GORENG APA RASA KASOT" aku punya lah terguris dengan kata kata dia aku terus ambik garfu dan rasa, i mean kemon la takkan seteruk itu kot! dan betul lah. rasa asadi lah kalau nak lebih accurate. aku ketawa sampai menangis. farah cakap kat aku, "kau jangan cuba cuba nak masak dah lepas ni" aku pun high five dia tanda setuju.

pastu masa kat rumah sewa time diploma. aku lapar, aku bagitau nadia, roommate aku, dia ni memang champ aa bab bab masak ni sebab dia memang dibesarkan oleh family yang jenis jaga anak dara mmg untuk buat sesuai jadi bini (ye, tak semua orang akan sanggup untuk beristerikan wanita pelik takde bakat masak macam saya ni, tahuuu) dan dia kata "kalau awak lapar, masak la, saya tolong awak" aku pun happy la pergi dapur buka  api letak kuali letak minyak, pastu aku masuk bilik kejap nak tengok phone. tetibe aku dengar nadia menjerit "APIIII TERBAKAR HANISAH TERBAKAR" aku berlari macam usain bolt peh api dia punya marak kalau biar boleh terbakar dah satu rumah. aku dengan nadia gigih padamkan api tu pastu nadia kata "dah lepas ni jangan cuba cuba nak masak dah, lapar bagitau saya je saya masakkan" 

dan disebabkan incident incident ni la aku jadi macam putus asa sikit nak mencuba. tapi lately ni terpanggil sikit untuk mencuba balik. doa doakan lah bakat memasak tu jadi milik aku. pleeeease. thank you.

tapi jangan risau setakat goreng nugget ke any frozen food, aku legend aa. maggie rebus pun. nasi pun selalunye kalau aku yang masak, kawan kawan aku suka. not bad la kan? 

No comments: